Catatan Seorang Pesara Guru
Pada semua yang bergelar cikgu
suatu hari pasti kau akan sampai ke sini
garisan terakhir di dunia buku
bersama anak-anak pewaris sejati
yang kau belai sedari rebung
hingga menjadi insan duniawi.
Dalam perjalanan yang panjang ini
ghairah waktu muda yang kita tinggalkan
kekal terpahat dalam ingatan
pada jiwa manusia yang membina kehidupan
semuanya bermula dari tulis dan baca yang kau ajarkan.
Waktu-waktu begini usah kau rasa kesepian
kerana di sisimu sentiasa ada Tuhan
anak-anakmu juga sudah berada dimercu kejayaan
segala bakat dan potensi telah kau lahirkan
segala ilmu telah kau curahkan
sehingga akhir hayat panggilan keramat
cikgu tetap bersemadi dalam ingatan.
PPJ Johor Bahru
***
چتاتن Ø³Ø¦ÙˆØ±Ú Ú¤Ø³Ø§Ø±Ø§ ڬورو
ڤادا سموا ÙŠÚ Ø¨Ø±Ú¬Ù„Ø± چيكڬو
سواتو هاري ڤستي كاو اكن سمڤاي ك سيني
ڬاريسن تراخير د دونيا بوكو
برسام انق-انق ڤواريس سجاتي
ÙŠÚ ÙƒØ§Ùˆ بلاي سداري ربوÚ
Ù‡ÙŠÚ Ú¬ منجادي إنسن دونياوي
دالم ڤرجلانن ÙŠÚ Ú¤Ù†Ø¬Ú Ø¥Ù†ÙŠ
غايره وكتو مودا ÙŠÚ ÙƒÙŠØª ØªÙŠÚ Ú¬Ù„ÙƒÙ†
ككل ترڤاهت دالم Ø¥Ú Ø§ØªÙ†
ڤادا جيوا مانوسيا ÙŠÚ Ù…Ù…Ø¨ÙŠÙ† كهيدوڤن
سمواڽ برمولا داري توليس دان باچ ÙŠÚ ÙƒØ§Ùˆ اجركن
وكتو-وكتو بڬيني اوسه كاو راس كسڤيان
كران د سيسيمو سننتياس ادا توهن
انق-انكمو جوڬ سوده برادا د مرچو كجيائن
سڬالا باكت دان ڤوتنسي تله كاو لاهيركن
سڬالا إلمو تله كاو چورهكن
Ø³Ù‡ÙŠÚ Ú¬ اخير هايت Ú¤Ú Ú¬ÙŠÙ„Ù† كرامت
چيكڬو تتڤ برسمادي دالم Ø¥Ú Ø§ØªÙ†
ڤ.ڤ.ج جوهور بهرو
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785













Tahniah, Saudara Khatim. Puisinya memberi saya inspirasi.