sumber ilustrasi asli: pixabay

Seperti Senja Kian Temaram

air mata menyerah kalah pada pipi
akibat tak dapat memujuk hati
yang kecewa.

kerana menyerah jiwanya
kepada kesetiaan dan kepercayaan
yang kucar kacir hidupnya.

dia melihat hidupnya kian tenggelam
seperti senja yang kian temaram

Johor, Malaysia

***

سڤرتي سنج كيان تمارم

ائير مات مۑره كاله ڤادا ڤيڤي
اكيبت تق داڤت مموجوق هاتي
يڠ كچوا

كران مۑره جيواڽ
كڤادا كستيائن دان كڤرچيائن
يڠ كوچر كاچير هيدوڤڽ

ديا مليهت هيدوڤڽ كيان تڠڬلم
سڤرتي سنج يڠ كيان تمارم

جوهور، ملايسيا

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785.

1 KOMENTAR

  1. Seperti Senja Kian Temaram berupakan sajak romantis, melangkolik dan pesimis. Namun ia meninggalkan kesan yang kuat akan pengertian nasib dan penilaian wanita yang seharusnya bersikap setia tapi menjadi mangsa penderitaan batiniah.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini