Dua Gunung Bersaudara
Bicara gunung yang penuh lagenda
antara Bintan dan Ledang sememangnya bersaudara
berdiri teguh di atas mimbar yang sama
melakar sejarah Kepulauan Riau-Lingga
hingga Kesultanan Melaka
sarat dengan kisah seorang laksamana
mewarnai empayar Melayu di Nusantara.
Jejak bermula di bumi Melaka
membesar seiring bangkitnya sebuah kota
sehingga datang orang putih merobohkannya
maka kaburlah Sultan dan Laksamana
bumi Bintan menjadi lindungannya.
Asal benih yang baik
campak ke laut menjadi pulau
ke hulu sampan bermudik
warisan bertaut di Kepulauan Riau.
Dengan segala kekuatan
siapa menduga terbina sebuah kota di kaki Gunung Bintan
bukan sekadar perkampungan biasa
menjadi saksi sebuah peradaban
pusara purba bukti kewujudan
dalam mewarnai sejarah kesultanan.
Kota Kara yang asalnya rimba
merentas masa dalam sejarah purba
jejak Laksamana tiada nokhtahnya
berbekal semangat yang membara
Hang Tuah dan Melayu berpisah tiada
kerana kita bersaudara seagama sebangsa
Bintan dan Ledang penyambung lagenda
tersergam indah sampai bila-bila.
PPJ Muar, Johor
***
دوا Ú¬ÙˆÙ†ÙˆÚ Ø¨Ø±Ø³Ø§ÙˆØ¯Ø§Ø±Ø§
بيچارا Ú¬ÙˆÙ†ÙˆÚ ÙŠÚ Ú¤Ù†ÙˆÙ‡ لاڬندا
انتارا بينتن دان Ù„Ø¯Ú Ø³Ù…Ù…Ú Ú½ برساودارا
برديري تڬوه د اتس ميمبر ÙŠÚ Ø³Ø§Ù…
ملاكر سجاره كڤولاوان رياو-Ù„Û‘Ú Ú¬
Ù‡ÙŠÚ Ú¬ كسولتانن ملاك
سارت Ø¯Ú Ù† كيسه Ø³Ø¦ÙˆØ±Ú Ù„ÙƒØ³Ù…Ø§Ù†
مورناي امڤاير ملايو د نوسنتارا
ججق برمولا د بومي ملاك
ممبسر Ø³Ø¦ÙŠØ±ÙŠÚ Ø¨Ú ÙƒÙŠØªÚ½ سبواه كوت
Ø³Ù‡ÙŠÚ Ú¬ Ø¯Ø§ØªÚ Ø§ÙˆØ±Ú Ú¤ÙˆØªÙŠÙ‡ مروبوهكنڽ
ماك كابورله سولتن دان لكسمان
بومي بينتن منجادي Ù„ÙŠÙ†Ø¯ÙˆÚ Ù†Ú½
اسل بنيه ÙŠÚ Ø¨Ø§ÙŠÙƒ
چمڤق ك لاوت منجادي ڤولاو
ك هولو سمڤن برموديك
واريسن برتاوت د كڤولاوان رياو
Ø¯Ú Ù† سڬالا ككواتن
سياڤ مندوڬ تربين سبواه كوت د كاكي Ú¬ÙˆÙ†ÙˆÚ Ø¨ÙŠÙ†ØªÙ†
بوكن سكدر Ú¤Ø±ÙƒÙ…Ú¤ÙˆÚ Ù† بياس
منجادي سكسي سبواه ڤردابن
ڤوسارا ڤورب بوكتي كووجودن
دالم مورناي سجاره كسولتانن
كوت كارا ÙŠÚ Ø§Ø³Ù„Ú½ ريمب
مرنتس ماس دالم سجاره ڤورب
ججق لكسمان تيادا نوختهڽ
بربكل Ø³Ù…Ø§Ú Øª ÙŠÚ Ù…Ù…Ø¨Ø§Ø±Ø§
Ù‡Ú ØªÙˆØ§Ù‡ دان ملايو برڤيسه تيادا
كران كيت برساودارا سئڬام Ø³Ø¨Ú Ø³
بينت دان Ù„Ø¯Ú Ú¤Ú½Ù…Ø¨ÙˆÚ Ù„Ø§Ú¬Ù†Ø¯Ø§
ترسرڬم إنده سمڤاي بيلا-بيلا
ڤ.ڤ.ج موار، جوهور
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785













hebat