sumber ilustrasi asli: pixabay

Menulis

Jika menulis punca rezeki,
kebebasan penulisan hak hakiki.

jika menulis hobi semata,
bakat semulajadi seperti harta.

jika menulis suatu keperluan,
isi kandungan elak keterlaluan.

jika menulis mengandung nasihat,
dirujuk teladan tanpa muslihat.

jika menulis berlandas bukti,
banyak persoalan dirungkai pasti.

jika menulis melepas geram,
luahan keluhan tidak terperam.

jika menulis kerana cinta,
Kasih sayang dijadikan cerita.

jika menulis berkalam kedamaian,
keamanan ditagih dalam semaian.

Tanah Merah, Kelantan.

***

منوليس

جيك منوليس ڤونچ رزكي
كبباسن ڤنوليسن هق هاكيكي

جيك منوليس هوبي سمات
باكت سمولجادي سڤرتي هرت

جيك منوليس سواتو كڤرلوان
إسي كندوڠن الق كترلالوان

جيك منوليس مڠندوڠ ناسيهت
ديروجوق تلادن تنڤ موسليهت

جيك منوليس برلندس بوكتي
باڽق ڤرسوالن ديروڠكاي ڤستي

جيك منوليس ملڤس ڬرم
لواهن كلوهن تيدق ترڤرم

جيك منوليس كران چينت
كاسيه سايڠ ديجاديكن چريت

جيك منوليس بركالم كدمايان
كئمانن ديتاڬيه دالم سمايان

تانه مره، كلنتن

Gurindam ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. 
Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Aduka
Artikel berikutnyaPuisi: Tafakur
Oui bin Sal
Berasal dari Kg.Slow Jelatok,Tanah Merah, Kelantan dan berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UNITEM, Diploma Antarabangsa Kepengadilan dan kejurulatihan sukan dari USSA-KPM dan Diploma Perguruan dari IPGM.Berkhidmat sebagai Guru pentadbir sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan.Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) dari kementerian Pendidikan Malaysia. Pernah menjadi ‘stringer’ akhbar berbahasa mandarin dan Sinar Harian. Mula menulis pada tahun 1978 .Punya puluhan antologi luar dan dalam negara. Hasil genre sastera banyak dalam media sosial tempatan, mempunyai lebih seratus antologi pelbagai genre dalam dan luar negeri.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini