sumber ilustrasi asli: pixabay

Kasih

Andai kasih itu sejati,
nescaya hidup lebih bererti.

andai kasih sudah sebati,
jalinan mesra ikatan pasti.

andai kasih itu sangsi,
kepercayaan diragui letak di sisi.

andai kasih tiada makna,
hindari hubungan elak merana.

andai kasih menuntut intergriti,
setiap langkah harus berhati-hati.

andai kasih tidak berada,
yakinkan cinta bukan mengada.

andai kasih bersulam sayang,
cinta dipadu tidak melayang.

andai kasih tegar menanti,
terpaut cinta sampai ke mati.

Tanah Merah.

***

كاسيه

انداي كاسيه إتو سجاتي
نيسچاي هيدوڤ لبيه بررتي

انداي كاسيه إتو سباتي
جالينن مسرا إكاتن سجاتي

انداي كاسيه إتو سڠسي
كڤرچيائن ديراڬوي لتق د سيسي

انداي كاسيه تيادا مكن
هينداري هوبوڠن الق مران

انداي كاسيه منونتوت إنترڬريتي
ستياڤ لڠكه هاروس برهاتي-هاتي

انداي كاسيه تيادا برادا
ياكينكن چينت بوكن مڠادا

انداي كاسيه بإرسولم سايڠ
چينت ديڤادو تيدق ملايڠ

انداي كاسيه تڬر مننتي
ترڤاوت چينت سمڤاي ك ماتي

تانه مره

Gurindam ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785.
Artikel sebelumnyaPuisi: Cerita Dia di Laut Malam
Artikel berikutnyaPuisi: Sajak–Sajak Tidak Bernisan
Oui bin Sal
Berasal dari Kg.Slow Jelatok,Tanah Merah, Kelantan dan berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UNITEM, Diploma Antarabangsa Kepengadilan dan kejurulatihan sukan dari USSA-KPM dan Diploma Perguruan dari IPGM.Berkhidmat sebagai Guru pentadbir sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan.Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) dari kementerian Pendidikan Malaysia. Pernah menjadi ‘stringer’ akhbar berbahasa mandarin dan Sinar Harian. Mula menulis pada tahun 1978 .Punya puluhan antologi luar dan dalam negara. Hasil genre sastera banyak dalam media sosial tempatan, mempunyai lebih seratus antologi pelbagai genre dalam dan luar negeri.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini