Minggu, November 22, 2026
Beranda Sastra Puisi Puisi: Membakar Kepalsuan

Puisi: Membakar Kepalsuan

0
964
sumber ilustrasi asli: bing

Membakar Kepalsuan

kotaraya ini
menghadiahkan topeng
lorongnya wayang kehidupan
segala watak untuk segala babak
sorakan penghuninya adalah guruh

di kaki lima
manusia membakar
topeng debu dan jelaga
mendiang dapur kehidupan

di serpih kotaraya
topeng-topeng tertawa
melihat mereka
melahap sandiwara

Kuala Kedah, 6 Julai 2024

***

ممباكر كڤلسوان

كوتراي إني
مڠهادياهكن توڤڠ
لوروڠڽ وايڠ كهيدوڤن
سڬالا واتق اونتوق سڬالا بابق
سوراكن ڤڠهونيڽ اداله ڬوروه

د كاكي ليم
مانسيا ممباكر
توڤڠ دبو دان جلاڬ
مندياڠ داڤور كهيدوڤن

د سرڤيه كوتراي
توڤڠ-توڤڠ ترتاوا
مليهت مرك
ملاهڤ سنديوارا

كوالا كده، ØŒ Ù¦ Ø¬ÙˆÙ„اي Ù¢Ù Ù¢Ù¤

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaSastra Melayu: Menyibak DNA Asli Bahasa Indonesia
Artikel berikutnyaPuisi: Kita, Pelarian yang Sombong
Ridzuan bin Ahmad
Penulis pemula kelahiran Arau, Perlis, menetap di Kedah sejak 20 tahun lalu. Setakat 2023 telah menyertai sekitar 16 buah antologi sajak / puisi: 12 buah bersama SYFE/Bulan Terbit, 1 dengan HIKARYA, 1 diterbitkan oleh PENA dan 2 buah antologi terbitan PEMUISI. Terdapat juga karya-karya beliau di pelbagai platform media sosial seperti @ruang_fikir, AKSARA, PENAMA dan PEMUISI. Penulis ini menggunakan nama pena RidzAhmad pada karya-karyanya. Penulis juga adalah penerima Anugerah Karyawan Negeri bagi peserta-peserta antologi puisi terbitan Bulan Terbit. Karya-karya eceran beliau pernah terbit di Jurnal Pemuisi, akhbar Berita Harian dan Mingguan Malaysia.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini