1 KIRIMAN
Penulis pemula kelahiran Arau, Perlis, menetap di Kedah sejak 20 tahun lalu. Setakat 2023 telah menyertai sekitar 16 buah antologi sajak / puisi: 12 buah bersama SYFE/Bulan Terbit, 1 dengan HIKARYA, 1 diterbitkan oleh PENA dan 2 buah antologi terbitan PEMUISI. Terdapat juga karya-karya beliau di pelbagai platform media sosial seperti @ruang_fikir, AKSARA, PENAMA dan PEMUISI. Penulis ini menggunakan nama pena RidzAhmad pada karya-karyanya.
Penulis juga adalah penerima Anugerah Karyawan Negeri bagi peserta-peserta antologi puisi terbitan Bulan Terbit. Karya-karya eceran beliau pernah terbit di Jurnal Pemuisi, akhbar Berita Harian dan Mingguan Malaysia.