gambar hanya ilustrasi. sumber: ai

Setelah Menjadi Pertanyaan

kalau tiada payah
hujan tak perlu hadir
biar tak ada biru di lautan
pun gunung dan bukit yang tajam
atau apa sahaja
yang kadangkala menyusahkan kita.

jika tanpa gembira
mata sifar warna
kata kata hanyalah perang
barangkali sebab senyuman itu,
jawapan kepada bahagia.

siapa sebenarnya kita?,
pembuat cerita atau
manusia yang menerima
segala takdir dan nasib dariNya.

atau kita, hanya sengaja
bergerak dan menjadi peran marcapada.

beginilah, kita tak perlu untuk bertanya,
“hidup ini untuk siapa?”.

***

ستله منجادي ڤرتڽائن

كالاو تيادا ڤايه
هوجن تق ڤرلو هادير
بيار تق ادا بيرو د لاوتن
ڤون ڬونوڠ دان بوكيت يڠ تاجم
اتاو اڤ سهاج
يڠ كدڠكالا مڽوسهكن كيت

جيك تنڤ ڬمبيرا
مات سيفر أرن
كات-كات هڽاله ڤرڠ
برڠكالي سبب سڽومن إتو
جوابن كڤادا بهاڬيا

سياڤ سبنرڽ كيت؟
ڤمبوات چريت اتاو
مانوسيا يڠ منريم
سڬالا تكدير دان ناسيب داري-ڽ

اتاو كيت، هاڽ سڠاج
برڬرق دان منجادي ڤرن مرچڤادا

بڬڬينيله، كيت تق ڤرلو اونتوق برتاڽ
“هيدوڤ إني اونتوق سياڤ؟”

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini