gambar hanya ilustrasi. sumber: ai

Umpan

tampan wajah kota
acap kali mengundang ghairah
desah nafasnya mengasyikkan
menggugurkan pakaian polos
direnggut jemari nista
membentuk tubuh tak berwajah

Pulau Pinang, 6 Jun 2026

***

اومڤن

تمڤن واجه كوت
اچڤ كالي مڠوندڠ غايره
دسه نافسڽ مڠاشيككن
مڠڬوڬوركن ڤاكايان ڤولوس
ديرڠڬوت جماري نيست
ممبنتوق توبوه تق برواجه

ڤلاو ڤينڠ، ٦ جوني ٢٠٢٦

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
RSSN2608-2019-1426-0714
Artikel sebelumnyaPuisi: Selongsong Merah Merekah
Artikel berikutnyaPuisi: Historiografi Tanah Retak
Dandelion
Pemilik nama pena DANDELION ini dilahirkan di negeri Pulau Pinang, Malaysia pada 23 Jun. Beliau merupakan seorang guru bahasa Melayu yang kini berkhidmat di salah sebuah sekolah menengah di utara tanah air. Penulis baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Sastera (Kesusasteraan) dari Universiti Sains Malaysia. Puisi penulis pernah tersiar di majalah keluaran DBP iaitu Dewan Budaya, Dewan Tamadun Islam dan Pelita Bahasa. Puisi penulis juga tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Harian, Suara Sarawak, Utusan Borneo dan laman Facebook Tukang Puisi. Cerpen penulis juga telah disiarkan di majalah keluaran DBP iaitu Dewan Siswa dan Pelita Bahasa.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini