Menurut biar Berakal, Mengikut biar Pintar
Menurutlah pada kebenaran
jangan sampai menghancurkan
akal dipakai bukan sebarangan
kotak fikir anugerah Tuhan
dijaga dibaja dengan keimanan.
Mengikut bukan sekadar ikutan
berfikirlah dengan kepintaran
jangan terjerumus pada kegelapan
kelak nanti merana badan
sesungguhnya ilmu itu penyuluh kehidupan.
Menurut dan mengikut biarlah berpada
sentiasa berpegang pada pancang agama
menimbang akal menduga rasa
jangan sesekali diserah segala
hanya kerana pangkat dan harta.
PPJ Johor Bahru.
***
منوروت بيار ككل، مڠيكوت بيار ڤينتر
منوروتله ڤادا كبنارن
جاڠن سمڤاي مڠهنچوركن
اكل ديڤاجاي بوكن سبراڠن
كوتق فيكير انوڬره توهن
ديجاڬ ديباج دڠن كئيمانن
مڠيكوت بوكن سكادر إكوتن
برفيكيرله دڠن كڤينتارن
جاڠن ترجروموس ڤادا كڬلاڤن
كلق ننتي مران بادن
سسوڠڬوهڽ إلمو إتو ڤڽولوه كهيدوڤن
منوروت دان مڠيكوت بيارله برڤادا
سنتياس برڤڬڠ ڤادا ڤنچڠ اڬام
منيمبڠ اكل مندوڬ راس
جاڠن سسكالي ديسره سڬالا
هاڽ كران ڤڠكت دان هرت
ڤ.ڤ.ج. جوهور بهرو
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785