gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Demi Sebuah Sanggup

pada jejak nan sama dilangkah
kita saling berselisih bahu
meminjam kekuatan, semangat
untuk sampai ke pengakhiran

tatkala selut menyadung
kaki, rebah tak lemahkan bangkit
memulakan semula ekspedisi

denai penuh cabar dan onar
makin meyakinkan langkah
derap cekal menggapai impi

usah sekali disesatkan arah
usah sekali diansurkan laju
kerana di penghujung jalan, percayalah
kita adalah penamat yang kepuasan
di puncak terbentang keindahan

Bung Jagoi, Bau

***

دمي سبواه سڠڬوڤ

ڤادا ججق نن سام ديلڠكه
كيت ساليڠ برسليسيه باهو
ممينجم ككواتن، سماڠت
اونتوق سمڤاي ك ڤڠاكهيرن

تتكالا سلوت مڽادوڠ
كاكي، ربه تق لمهكن بڠكيت
ممولاكن سمولا اكسڤديدي

دناي ڤنوه چابر دان اونر
ماكين مياكينكن لڠِكه
درڤ چكل مڠڬاڤاي إمڤي

اوسه سكالي ديسستكن اره
اوسه سكالي ديانسوركن لاجو
كران د ڤڠهوجوڠ جالن، ڤرچياله
كيت اداله ڤنامت يڠ كڤواسن
د ڤونچق تربنتڠ كئينداهن

بوڠ جاڬوي، باو

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Tabiang Tarah
Artikel berikutnyaPuisi: Dia, Ada Setelah Tiada
Adie Abd Gani
Lahir pada Mei 1988 di Tanjung Manis, Sarikei. Menggunakan nama pena "Adie Abd Gani" sebagai identiti pengenalan dalam laman sastera negara. Merupakan anak sulung daripada 2 adik beradik dan sangat meminati bidang sastera sejak sekolah menengah lagi. Mula menulis puisi, terutamanya sajak moden sejak umur 18 tahun sehingga sekarang. Hanya ada beberapa puisi sahaja yang disiarkan di akhbar, tetapi aktif memuat naik puisi nukilan di ruangan TikTok, sebagai makalah luahan peribadi. Meminati genre sastera yang lain juga seperti cerpen, certot, pantun dan gurindam. Masih menimba ilmu dan mengasah diri dalam kepengarangan puisi dan cerpen melalui ulasan di akhbar dan ruangan sastera yang lain.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini