sumber foto asli: pixabay

Pulanglah Perantau

Perantau ;
pulanglah ke desa permai
mencium sumur di ladang hijau
pewaris tenaga tua
lambaian tangan mayapada
takubah liuk-lintuk kesopanan perawan
desa.

Perantau ;
ketika sujud di kaki bonda
jenguklah adik-adik di desa
sanak-saudaramu telah lama menagih rindu
mereka membilang kelopak helaian hari
kerana penaung lelah bapa tua sukar
dicari galang ganti.

Pulanglah perantau :
desa ini tidak lagi dibungkus kegelapan malam
kaki tidak lagi berselut hitam
telanjangnya tidak mencucuk kerikil tajam
penat di perigi tak bertimba lagi.
meraihlah sebuah mahal pengalaman
zaman keanakkan kita dahulu
kerana di gigi awan redup itu
kitalah benteng payung ketimuran
yang tulen.

Kampung Kok Keli 2,
Palekbang , Tumpat,
Kelantan.

***

ڤولڠله ڤرنتاو

ڤرنتاو
ڤولڠله ك دسا ڤرماي
منچيوم سومور د لدڠ هيجاو
ڤواريس تناڬ توا
لمبايئن تڠن ميڤاد
تكوبه ليئوك-لينتوك كسوڤانن ڤراون
دسا

ڤرنتاو
كتيكا سوجود د كاكي بوندا
جڠوكله اديك-اديك د دسا
سانك ساودارمو تله لام مناڬيه ريندو
مركا ممبيلڠ كلوڤك هلايئن هاري
كران ڤناوڠ للح باڤ توا سوكر
ديچاري ڬالڠ ڬنتي

ڤولڠله ڤرنتاو
دسا إني تق لاڬي ديبڽڠكوس كڬلاڤن مالم
كاكي تيدك لاڬي برسلوت هيتم
تلنجڠڽ تيدك منچوچوك كريكيل تاجم
ڤنت د ڤريڬي تق برتيمبا لاڬي
مرايهله سبواه ماهل ڤڠلامن
زامن كئناككن كيتا داهولو
كران د ڬيڬي اوان ردوڤ إتو
كيتاله بنتڠ ڤايوڠ كتيمورن
يڠ تولن

كمڤوڠ كوك كلي ٢، ڤلكبڠ، تومڤت، كلنتن

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. 
Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Untukmu Kesarjanaanku
Artikel berikutnyaPuisi: Putihnya Hitam
Eziz Shukman
Berpendidikan tahap STPM ( Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ). Mula menulis sekitar tahun 1981.Gerne penulisan Berita,Rencana, Skrip Drama Radio, Cerpen,Sajak,Puisi. Karya pernah tersiar di dalam media massa seperti dalam akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Mingguan Famili, Mingguan Wanita, Mingguan Perdana , Dewan Sastera, Majalah Al-Islam, Widuri Popular, URTV ( Utusan Radio & TV, Majalah DIAN, Majalah Remaja, RTM Kawasan Timur, Kota Bharu, Kelantan. Majalah Remaja, Maajalah Dakwah, Majalah Sarina, Majalah Salina ,Majalah Pendekar, akhbar WATAN dan lain-lain . Puisi-puisi pernah di antologi dalam Antologi Gelombang I,II,III,IV dan V, ( PESISIR ) Persatuan Penulis Tumpat , Kelantan. Antologi Kumpulan Puisi Merdeka ( Rumpun Seni Melayu Kelantan ) , Gema Serentau 3 dan sebagainya. Pernah bertugas sebagai pemberita sambilan untuk akhbar Utusan Malaysia kawasan Timur sekitar tahun 1981. Kini menanggotai Persatuan Penulis Tumpat ( PESISIR ). Pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan beruniform ,Jabatan Penjara Malaysia.Masih lagi aktif menulis , terutamanya di media digtal dan sebagainya.. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pahi ,Kuala Krai ,Kelantan sehinnga menyambung pelajaran di Kolej Budaya ,Kota Bharu, Kelantan.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini