sumber ilustrasi asli: bing

Aku Sudah Yakin Sekarang

Asap menerawang ke udara seperti fikirannya
menyiasat masa depan dalam bayangan sendiri
dipenuhi kelam gerhana
orang-orang bersengketa
tiada ruang damai kecuali berselerakan sampah
namun seandainya hari ini digarap
pasti meriah dengan cahaya dan warna
dalam kewajaran

Memang benar
aku sudah yakin sekarang
ke mana arah menuju rumahmu

Melaka, 26  Juni, 2024

***

اكو سوده ياكين سكارڠ

اسڤ منراوڠ ك اودارا سڤرتي فيكيرنڽ
مڽياست ماس دڤن دالم بياڠن سنديري
ديڤنوهي كلم ڬرهان
اورڠ-اورڠ برسڠكت
تيادا رواڠ داماي كچوالي برسلراكن سمڤه
نامون سئندايڽ هاري إني ديڬارڤ
ڤستي مرياه دڠن چهاي دان ورن
دالم كوجارن

ممڠ بنر
اكو سوده ياكين سكارڠ
ك مان اره منوجو رومهمو

ملاك، ٢٦ جوني ٢٠٢٤

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Hikayat Selembar Daun
Artikel berikutnyaPuisi: Bagaimanakah Malam-Malam di Gaza?
Mohd Adid Ab Rahman
Bermukim di Melaka, Malaysia. Pernah menimba ilmu di Universitas Islam Negeri Banda Aceh dalam bidang Dakwah dan UTM, Skudai, Johor (Universiti Teknologi Malaysia) Seorang pesara guru KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mulai tahun 2022. Berminat dalam bidang puisi sejak masih belajar di sekolah.dan sekarang menjadi ahli Ikatan Persuratan Melayu Melaka. Puisi-puisi pernah muncul di Berita Harian, Utusan Borneo, Harian Ekspres, Mingguan Malaysia, majalah Dewan Sastera, Tamadun Islam, Wanita dan lain-lain. Majalah online seperti Lamanriau.com, Potret Online com, Kosana.my.id., sksp-literary.com, Sabah360 online.Sudah mempunyai puluhan antologi bersama di antaranya Antologi C Antagonis (ASWARA 2020) Bahtera Merdeka (Tinta Karya 2020) Pasrah (PTK 2020) Citra Yang Tak Padam ( Narangkai Publications 2021) Sejernih Embun (KS 2021)

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini