sumber ilustrasi asli: pixabay

Seketul Jantung di Atas Katil

Malam memanjat tingkap
berubah menjadi tabir
pada kamar tidak berdinding
seketul jantung terbaring
lemah hampir kering
luka melihatkan rupa
lebih menonjol dari nurani
darah lebih pucat
dari cadar tidak berjahit

Kemana degupan pergi?
udara tidak lagi kemari
barangkali sudah lupa
pada arteri
pada janji
atau memegang janji
yang mustahil dimungkiri

25 Disember 2022, Puchong

***

سكتول جنتوڠ د اتس كاتيل

مالم ممنجت تيڠكڤ
بروبه منجادي تابير
ڤادا كامر تيدق بردينديڠ
سكتول جنتوڠ ترباريڠ
لمه همڤير كريڠ
لوك مليهتكن روڤ
لبيه منونجول داري نوراني
داره لبيه ڤوچت
داري چادر تيدق برجاهيت

كمان دڬوڤن ڤرڬي؟
اودارا تيدق لاڬي كماري
برڠكالي سوده لوڤ
ڤادا ارتري
ڤادا جنجي
اتاو ممڬڠ جنجي
يڠ موستاهيل ديموڠكيري

٢٥ دسمبر ٢٠٢٢ ،ڤوچوڠ

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. 
Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Teruntuk Sahabat
Artikel berikutnyaPuisi: Pahit II
Airul Affendi Bin Ali
Nama pena A.Affendi0937 @ Lekir mewakili Airul Affendi Bin Ali, dilahirkan negeri Pahang. Kemudian bersekolah di SMK Seri Tualang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Persekitaran). Belia merupakan seorang jurutera dan teknologis (Ts) bertauliah dan kini beliau telah menetap di Puchong, Selangor. Minat mendalam dalam penulisan sastera telah mendorong beliau menulis di dalam beberapa buah buku antologi puisi dan puisi beliau juga pernah tersiar di dalam akhbar perdana seperti Utusan Borneo, Wilayahku, Harian Ekpres Sabah, Berita Harian, Suara Sarawak dan Mingguan Malaysia. Sajak bertajuk Pertarungan telah tersiar di dalam Dewan Sastera pada keluaran Jun 2023.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini