sumber foto asli: pixabay

Telah, Aku Siapkan Puisi buat Sahabat

Telah, aku buka pintu itu
untuk kau masuk ke dalam hatiku
agar kau lebih mengerti dan memahami
tentang apa yang dinyatakan dalam surah
sebarkan salam di antara kita

Telah kau tahu, orang beriman saling mencintai
benih kasih di tanah sanubari
membantu mengikat tali persahabatan
agar tidak terlerai di tirai waktu

Jinakkan hati-hati dalam indahnya puisi
lantas nikmat-Nya menjadi bait-bait ketakwaan
keikhlasan hati yang tidak berbelah bahagi
agar runtuh tembok perbalahan antara kita
mahabbah ditegakkan teguh bangsa

Telah kutitip kata-kata di cuping telingamu
kita saling memberi dan menerima, lebih dan kurang
kerana orang-orang mukmin itu bersaudara
moga beroleh manfaat yang dijanjikan
umpama dedaun kering berguguran dosa
menyuci diri kita

Puisi ini aku simpan untuk dibawa menghadap Tuhan
bahawa ukhuwah itu menambah berat neraca timbangan

Pulau Pinang

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini