gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Getar Setia Seorang Suami

Setelah dinihari
mengengsot pergi
bergegas ibu seduhkan ayah
secangkir kopi

sentuhan mesra sudu dan cangkir
menerbitkan irama romantis
nyaman mawaddah mengalir
mendinginkan bara di dada ayah
menjalar sakinah ke seluruh urat nadi

bergetar setia ayah
pada ibu

Beluran, Sabah, 9 Disember 2024

***

ڬتر ستيا سئورڠ سوامي

ستله دينيهاري
مڠڠسوت ڤرڬي
برڬڬس إبو سدوهكن ايه
سچڠكير كوڤي

سنتوهن مسرا سودو دان چڠكير
منربيتكن إرام رومنتيس
ڽامن ماودده مڠالير
منديڠينكن بارا د دادا ايه
منجالر ساكينه ك سلوروه اورت نادي

برڬتر ستيا ايه
ڤادا إبو

بلورن، سابه، ٩ دمبر ٢٠٢٤

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785

Artikel sebelumnyaPuisi: Itulah Lelaki
Artikel berikutnyaPuisi: Cintanya di Tujuh Langkah
Nazlina binti Mat Noh
Nazlina Mat Noh dilahirkan di Peringat, Kota Bharu Kelantan pada 4 Jun 1980. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis di Universiti Malaya (2001-2004) dan merupakan graduan Diploma Pendidikan Pengkhususan Pengajian Islam KPLI j-QAF, IPG Gaya, Kota Kinabalu (2006) Sekarang bertugas sebagai seorang guru di daerah Beluran, Sabah. Minat menulis sekadar memenuhi masa lapang. Cenderung menulis dalam genre sajak, anekdot dan juga cerpen. Hasil karya pernah tersiar di akhbar perdana Suara Sarawak dan beberapa buah buku antolgi puisi. Antaranya ialah Antologi Rimbunan Aksara, Coretan Luka, Noktah Rindu dan Bunga Matahari.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini