sumber ilustrasi asli: bing

Apa Lagi

Apa lagi
yang tinggal
buat kusimpul
jadi belulang
tega

apa lagi
yang tinggal
buat kugarap
jadi ungkapan
bernyawa

apa lagi
yang tinggal
buat kusemat
jadi khazanah
berguna

apa lagi
yang tinggal
buat kumanfaat
antara guna dan nyawa
merubah diksi puisi
idola.

Tanah Merah, Kelantan.

***

اڤ لاڬي

اڤ لاڬي
يڠ تيڠڬل
بوات كوسيمڤول
جادي بلولڠ
تڬ

اڤ لاڬي
يڠ تيڠڬل
بوات كوڬارڤ
جادي اوڠكاڤن
برڽاوا

اڤ لاڬي
يڠ تيڠڬل
بوات كوسمت
جادي خزانه
برڬون

اڤ لاڬي
يڠ تيڠڬل
بوات كومنفائت
انتارا ڬون دان ڽاوا
مروبه ديكسي ڤويسي
إدولا

تانه مره، كلنتن

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Luka Semalam
Artikel berikutnyaKomunitas Riau Sastra Sosialisasikan Jurnal Sanggam di Universitas Riau
Oui bin Sal
Berasal dari Kg.Slow Jelatok,Tanah Merah, Kelantan dan berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UNITEM, Diploma Antarabangsa Kepengadilan dan kejurulatihan sukan dari USSA-KPM dan Diploma Perguruan dari IPGM.Berkhidmat sebagai Guru pentadbir sekolah rendah di Tanah Merah, Kelantan.Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) dari kementerian Pendidikan Malaysia. Pernah menjadi ‘stringer’ akhbar berbahasa mandarin dan Sinar Harian. Mula menulis pada tahun 1978 .Punya puluhan antologi luar dan dalam negara. Hasil genre sastera banyak dalam media sosial tempatan, mempunyai lebih seratus antologi pelbagai genre dalam dan luar negeri.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini