sumber ilustrasi asli: pixabay

Akukah?

di dapur, emosi menanak seperiuk dengki; atas kompor
menggelodak masak (ibarat ombak purus).

di meja makan, enak mengunyah cemburu;
menambahkan kepedasan irihati sehingga menyakitkan perut.

di kakus, lalu perasaan tercirit-cirit tinja hitam berbau kohong;
timbul puru sembilik berdarah tahap empat.

di luar rumah pula, bayu menyelit celah jendela,
mencuit-cuit membisik-bisik “otak telur, bukan otak minyak.”

Kota Samarahan, 22 September 2023.

(Otak telur, bukan otak minyak: Perihal orang yang bodoh).

***

اكوكه؟

د داڤور، اموسي منانق سڤريوق دڠكي؛ اتس كومڤور
مڠڬلودق ماسق (إبارت اومبق ڤوروس)

د مج ماكن، انق مڠوڽه چمبورو؛
منمبهكن كڤداسن إريهاتي سهيڠڬ مڽاكيتكن ڤروت

د كاكوس، لالو ڤرسائن ترچيريت-چيريت تينج هيتم برباو كوهوڠ:
تيمبول ڤورو سمبيليك برداره تاهڤ امڤت

د لوار رومه ڤولا، بايو مۑليت چله جندلا
“منچويت-چويت ممبيسيك-بيسيك “اوتق تلور، بوكن اوتق ميڽق

كوت سمراهن، ٢٢ سڤتمبر ٢٠٢٣

(اوتق تلور، بوكن اوتق ميڽق: ڤريهل اورڠ يڠ بودوه)

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaCerpen: Bertegah
Artikel berikutnyaMajalah Sastra, Masihkah Dibutuhkan Riau?
Johari A. Julaihi
Mengunakan nama pena, Johari A. Julaihi, Awang Johari berasal dari Simunjan, Sarawak, Malaysia. Kini, menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Sijil Pertanian (Pengkhususan: Pengurusan Penternakan) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian. Minat terhadap penulisan kreatif seperti puisi, cerpen, novelet dan novel, juga penulisan bukan kreatif. Beberapa karya seperti puisi, cerpen dan artikel telah diterbitkan di dalam Suara Sarawak; majalah Tunas Cipta dan majalah Dewan Kosmik; dan pelantar digital Jendeladbp dan Wadahdbp. Novel kanak-kanak yang bertajuk, Dimensi Fantasia: Pengembaraan Merentas Fantasi adalah novel kanak-kanak pertama nukilan penulis. Kini, penulis aktif menjadi penulis bebas dengan menghasilkan manuskrip pelbagai genre untuk salah sebuah syarikat penerbitan serta masih menimba ilmu berkenaan dengan dunia penulisan.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini