Dr. Mohd Istajib Mokhtar

Dr. Mohd Istajib Mokhtar
4 KIRIMAN0 KOMENTAR
Dr. Mohd Istajib Mokhtar atau nama penanya Istajib Mokhtar merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaya. Di dalam dunia akademia, beliau telah menerbitkan lebih 100 artikel di dalam buku, jurnal, prosiding dan suratkhabar sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Di dalam dunia sastera, beliau telah menerbitkan lebih 50 puisi eceran di majalah dan akhbar seperti Dewan Sastera, Tunas Cipta, Dewan Tamadun Islam, Jendela Selatan, Wadah DBP, Mingguan Malaysia, BH Ahad, Selangorkini, Wilayahku, Utusan Borneo, Harian Ekspres, dan Suara Sarawak. Beliau juga terlibat dalam lebih 20 antologi dan makalah puisi. Selain itu, beliau merupakan penulis skrip bagi rancangan-rancangan televisyen di RTM dan Astro sebanyak hamper 100 episod secara keseluruhan. Beliau juga merupakan Setiausaha II Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan pemenang Anugerah Penulis Muda Harapan Anugerah Sastera Melaka 2023.

Puisi: Telanjang

Telanjang Kita dilahirkantanpa seurat benangmalu terasalalu menangis semahu-mahunya Tuhanyang maha menutup keaibanmenumbuhkan daundan kulit haiwanmenyuburkan maludan imanuntuk dijadikan pakaian Mengapa?setelah mendewasakita memilihbertelanjang kembalimalah beranimenelanjangi orang laintidak lagi...

Puisi: Sebagai Helang

Sebagai Helang Angkasa telah bersabda, sayapmutak tumbuh dalam seharitetapi ampuh setelah melayah seributanpa henti Kencang angin yang menentangbukan musuhderu cabaran yang menghunjambukan untuk jatuhbahkan mengasuh jiwa...

Puisi: Bulan-Mu Lebih Pijar dari Matahari

Bulan-Mu Lebih Pijar dari Matahari Tuhankuaku tidak pernah tahubulan-Mu lebih pijar dari mataharimembakar dosa-dosa lalu Cahayanya bukan ultraungutetapi nuriah rahmah yang luaslebih luasdari ketujuh-tujuh lautan dan...

Puisi: Azan Subuh Tak Lagi Mengejutkan Tubuh

Azan Subuh Tak Lagi Mengejutkan Tubuh Apabila sampainya waktuyang dijanjikan Ilahiusah lagi tercari-cari akudi bumi ini Sememangnya azalikubukan penduduk asal di sinisalasilah poyangku dari seberangNegeri Firdausi Pesawatku...
Advertisingspot_img

Popular posts

My favorites

I'm social

0FansSuka
0PengikutMengikuti
0PengikutMengikuti
0PelangganBerlangganan