3 KIRIMAN
Dr. Mohd Istajib Mokhtar atau nama penanya Istajib Mokhtar merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaya. Di dalam dunia akademia, beliau telah menerbitkan lebih 100 artikel di dalam buku, jurnal, prosiding dan suratkhabar sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Di dalam dunia sastera, beliau telah menerbitkan lebih 50 puisi eceran di majalah dan akhbar seperti Dewan Sastera, Tunas Cipta, Dewan Tamadun Islam, Jendela Selatan, Wadah DBP, Mingguan Malaysia, BH Ahad, Selangorkini, Wilayahku, Utusan Borneo, Harian Ekspres, dan Suara Sarawak. Beliau juga terlibat dalam lebih 20 antologi dan makalah puisi.
Selain itu, beliau merupakan penulis skrip bagi rancangan-rancangan televisyen di RTM dan Astro sebanyak hamper 100 episod secara keseluruhan. Beliau juga merupakan Setiausaha II Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan pemenang Anugerah Penulis Muda Harapan Anugerah Sastera Melaka 2023.