1 KIRIMAN
Siti Nurzulaikha binti Adam atau nama penanya Zulaikha Adam lahir
pada 4 Mei 1991 di Terengganu. Lulusan Universiti Malaya (UM) dalam bidang
Linguistik Melayu ini berkhidmat sebagai pendidik di Maktab Rendah Sains
MARA, Kuantan. Penulis menghasilkan sebuah buku motivasi “Dari Gelap
Menuju Terang” dan sebuah kumpulan puisi “Bulan di Mata Bonda”. Pada 2018,
penulis mewakili Malaysia ke program MASTERA di Depok, Indonesia.
Cerpennya berjudul “Trisomi 21” memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
(HSKU) 2016 dan hadiah utama (cerpen eceran) Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(HSPM) 2017. Penulis turut memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(HSPM) 2019/2020 menerusi puisi eceran berjudul “Akibat Orang Berdosa”.
Penulis boleh dihubungi melalui Facebook Zulaikha Adam atau e-mel beralamat
zulaikhaadam59@gmail.com.