Matahari Berkirim Salam

matahari menghembus cahaya energi
terpantul ke kaca jernih bernama tulus

sepohon palma cekal berdiri sedari pagi
meski dahan tawaduk nyaris terbakar

begitu terik perjalanan dedaun usia
separuh daripadanya rontok di jalan

begitu ceracak ujian reranting dunia
separuh daripadanya kering di tepian

matahari mengirim salam sejahtera
sebentuk hati mengaminkan percaya

Kuantan, 19 September 2023

***

متهاري بركيريم سالم

متهاري مڠهمبوس چهاي انرڬي
ترڤنتول ك كاچ جرنيه برنام تولوس

سڤوهون ڤلم چكل برديري سداري ڤاڬي
مسكي داهن توادوق ڽاريس ترباكر

بڬيتو تريك ڤرجلانن دداون اوسيا
سڤاروه دريڤداڽ رونتوق د جالن

بڬيتو چراچق اوجيان ررنتيڠ دونيا
سڤاروه دريڤداڽ كريڠ د تڤيان

متهاري مڠيريم سالم سجهترا
سبنتوق هاتي مڠامينكن ڤرچاي

كوانتن، ١٩ سڤتمبر ٢٠٢٣

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Parasit
Artikel berikutnyaCerpen: Ucu Murad
Zulaikha Adam
Siti Nurzulaikha binti Adam atau nama penanya Zulaikha Adam lahir pada 4 Mei 1991 di Terengganu. Lulusan Universiti Malaya (UM) dalam bidang Linguistik Melayu ini berkhidmat sebagai pendidik di Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan. Penulis menghasilkan sebuah buku motivasi “Dari Gelap Menuju Terang” dan sebuah kumpulan puisi “Bulan di Mata Bonda”. Pada 2018, penulis mewakili Malaysia ke program MASTERA di Depok, Indonesia. Cerpennya berjudul “Trisomi 21” memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016 dan hadiah utama (cerpen eceran) Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017. Penulis turut memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2019/2020 menerusi puisi eceran berjudul “Akibat Orang Berdosa”. Penulis boleh dihubungi melalui Facebook Zulaikha Adam atau e-mel beralamat zulaikhaadam59@gmail.com.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini