Rabu, November 11, 2026
Beranda Sastra Puisi Puisi: Dari Kelopak November

Puisi: Dari Kelopak November

0
21
gambar hanya ilustrasi

Dari Kelopak November

(surat kecil buat Af_Dean)

“secawan kopi mengertak mimpi
& di atas nama perempuan
kopi dan aku
adalah kata-kata
tidak akan habis, buat engkau baca”

maple dan ginkgo
saling menyapa salam
juga di kalendar kelahiran
sepucuk jeda, rama-rama terbang

di sini, kek hari jadi
adalah dedaunan musim gugur
menggelepar di atas tanah
mengabdi diri buat kekasih

begitu juga akan suatu ketika
pabila degup matamu,
berujung titis-titis bintang
sentiasa saja mengalunkan ketabahan

di celah november dan abadi,
kata-kata penyair adalah nyala
yang akan terus bernyala
walau tertiup air mata

juga engkau dan sinarmu
harus tetap bercahaya
walau dihembus badai gelora

kerana engkau, adaku.

Nibong Tebal, Pulau Pinang – November 2026

***

داري كلوڤق نۋمبر

“سچاون كوڤي مڠرتق ميمڤي
دان د اتس نام ڤرمڤوان
كوڤي دان اكو
اداله كات-كات
تيدق اكن هابيس، بوات اڠكاو باچ”

ماڤل دان ڬيڠڬو
ساليڠ مڽاڤ سالم
جوڬ د كالندر كلاهيرن
سڤوچوق جدا، رام-رام تربڠ

د سيني، كك هاري جادي
اداله دداونن موسيم ڬوڬور
مڠڬلڤر د اتس تانه
مڠبدي ديري بوات ككاسيه

بڬيتو جوڬ اكن سواتو كتيك
ڤابيلا دڬوڤ متامو
بروجوڠتيتيس-تيتيس بينتڠ
سنتياس ساج مڠالونكن كتباهن

د چله نوۋمبر دان ابادي
كات-كات ڤڽائير اداله ڽالا
يڠ اكن تروس برڽالا
والاو ترتيوڤ ائير مات

جوڬ اڠكاو دان سينرمو
هاروس تتڤ برچهاي
والاو ديهمبوبس باداي ڬلورا

كران اڠكاو، اداكو

نيبوڠ تبل، ڤولاو ڤينڠ – نوۋمبر ٢٠٢٦

‏Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
RSSN2608-2019-1426-1111
Artikel sebelumnyaPuisi: Semerbak Kembang Sehutan
Shaa Zainol
Merupakan anak kelahiran kelahiran Pulau Pinang, Malaysia. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, UUM dan Diploma Perniagaan Antarabangsa, KPM Seri Iskandar. Mula menulis dari zaman persekolahan dan kembali mengorak langkah sebagai penyair dan penulis motivasi pada tahun 2021. Karya termuat di dalam beberapa antologi, antaranya Antologi Secawan Kopi dan Antologi Puisi Mencintai dengan Sederhana. Karya juga tersiar di Berita Harian, Dewan Tamadun Islam, Tunas Cipta dan Tukang Puisi. Turut menghasilkan sebuah kumpulan puisi Teruntuk Hati Yang Terluka bersama dua orang sahabat aksara.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini