gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Usai Lebaran

Lebaran datang lagi
menjanjikan sejuta ceria
dengan mengukir senyum asli
ya, gembira segenap rata
membangkitkan riang setahun
aku girang menari di dada teruja.

Lebaran datang lagi
menghimpunkan segala rupa
dari penjuru segala buana
di ruang halaman membakar cahaya
cerah yang menerangi desa
aku jua menyala gembira.

Kini lebaran berlalu pergi
dengan halaman terbuka ditiup angin sepi
dan pelita sudah hilang cahaya ria
bukanlah sebenarnya pengakhiran waktu
tiada bunyi dan sorak gembira cucu
aku di tangga batu dilambung rindu.

Langkawi, Kedah

***

اوساي لبارن

لبارن داتڠ لاڬي
منجنجيكن سجوت چريا
دڠن مڠوكير سڽوم اسلي
ي، ڬمبيرا سڬنڤ رات
ممبڠكيتكن رياڠ ستاهون
اكو ڬيرڠ مناري د دادا تروج

لبارن داتڠ لاڬي
مڠهيمڤونكن سڬالا روڤ
داري ڤنجورو سڬالا بوان
د رواڠ هلامن ممباكر چهاي
چره يڠ منراڠي دس
اكو جوا مڽالا ڬمبيرا

كيني لبارن برلالو ڤرڬي
دڠن هلامن تربوك ديتيوڤ اڠين سڤي
دان ڤليت سوده هيلڠ چهاي ريا
بوكنله سبنرڽ ڤڠاخيرن وكتو
تيادا بوڽي دان سورق ڬمبيرا چوچو
اكو د تڠڬ باتو ديلمبوڠ ريندو

لڠكاأي، كده

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaLeluhur dalam Satu Menit: Misi Menyelamatkan Cerita Rakyat Riau
Artikel berikutnyaPuisi: Kuyup
Muhammad Izzat Md Isa
Dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar, Kedah pada tahun 1988 dan menetap di Pulau Langkawi. Mendapat pendidik tinggi di Universiti Sains Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan) (2008-2012) dan Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan) (2012-2014). Kini beliau bertugas sebagai Pengurus 3D Art Langkawi di Oriental Village. Dalam aktiviti sosial, beliau telah menyertai Angkatan Sasterawan Nasional (ASASI) Negeri Kedah, Persatuan Karyawan Pulau Pinang, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Friends of Langkawi Geopark (FLAG), Persatuan Penggiat Budaya Warisan Langkawi (PPBWL) dan Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (LAVAA). Dalam bidang penulisan, beliau menulis karya kreatif dan non-kreatif seperti puisi, cerpen, skrip, zine, komentar, resensi buku, prakata, laporan berita, artikel, kertas kerja dan buku. Buku pertamanya telah diterbitkan oleh Penerbit UUM berjudul Jikey: Teater Warisan Langkawi pada tahun 2022. Pengkhususan penulisannya merangkumi bidang sastera, sejarah, seni, budaya, warisan dan pelancongan.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini