gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Jalan Pulang

Tika bulan
lewat mengirim pesan cahaya
terpisat aku menyentuh mata
gelita mencari jalan pulang
sampai jendela hati
aku bukakan

  • -persis sang buta
    kehilangan tongkat

Tanjung Harapan Selangor, 31 Disember 2024

***

جالن ڤولڠ

تيك بولن
ليوت مڠيريم ڤسن چهاي
ترڤيست اكو مڽنتوه مات
ڬليت منچاري جالن ڤولڠ
سمڤاي جندلا هاتي
اكو بوكاكن

-ڤرسيس سڠ بوت
كهيلاڠن توڠكت

تنجوڠ هراڤن سلاڠور، ٣١ دسمبر ٢٠٢٤

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Wajah Nusantara
Artikel berikutnyaCerpen: Radit, Orang Pilihan
Musafir Kelana
Ahmad Zulfaqar bin Mohamed, atau lebih dikenali dengan nama pena Musafir Kelana, merupakan seorang penulis puisi berusia 37 tahun yang berasal dari Daerah Klang, Negeri Selangor, Malaysia. Beliau aktif dalam dunia penulisan dan telah menyumbangkan karyanya dalam pelbagai antologi puisi seperti Secawan Kopi 3, Kedai Kopi ASK Edisi 6 dan 9, Cinta Secawan Kopi, serta Rindu Yang Tertangguh. Selain itu, tulisannya turut diterbitkan dalam majalah e-Journal Doeajiwa. Untuk mengikuti perkembangan beliau, boleh ke akaun Facebooknya di bawah nama Saifudin Jalis.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini