sumber ilustrasi asli: bing

Kekasih Abadi

Bermohon kepada-Mu,
ampuni kami, jauhi kami
dari dirantai alpa
bertatah api dosa
selama di mayapada.

Diri-Mu kekasih abadi
fana dan ukhrawi
alangkah bahagia
tatkala diri-Mu
kurniakan kami hidayah.

Dalam munajat
berharap semoga kami
sempat bertaubat
dapat menyeberang sirat
menuju inderaloka-Mu.

Rembau, Negeri Sembilan, 10 Mei 2024

***

ككاسيه ابادي

برموهون كڤادا-مو
امڤوني كامي، جاوهي كامي
داري ديرنتاي الڤ
برتاته اڤي دوس
سلام د ميڤادا

ديري-مو ككاسيه ابادي
فان دان اخراوي
الڠكه بهاڬيا
تتكالا ديري-مو
كورنياكن كامي هيدايه

دالم موناجت
برهارڤ سموڬ كامي
سمڤت برتاوبت
داڤت مڽبرڠ سيرت
منوجو إندرالوك-مو

رمباو، نڬري سمبيلن، ١٠ ماي ٢٠٢٤

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaCerpen: Alam, Malam
Artikel berikutnyaPuisi: Akar Batu
Melor Nur Ain Idris
Melor Nur Ain Idris atau dikenali Bunga Melor, dilahirkan pada 05 Jun 1996 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang penulis bebas dan penyelenggara projek Antologi. Telah menghasilkan sebanyak 200+ karya termasuk buku solo dari pelbagai penerbit sehingga ke peringkat International, Antologi Puisi ASEAN Doa Untuk Bangsa , Gurindam Kalbu dan Syair Negeri International (Perruas, Indonesia ). Salah satu buku solo beliau Novelet Ros Berdarah, Protulis Publishing (2024). Karya eceran beliau juga pernah tersiar di surat khabar dan E-Jurnal DoeAJiwa. Pernah juga mendapat pelbagai anugerah dan pencapaian sepanjang bergelar penulis, salah satunya penulis terpilih peringkat Nasional untuk Antologi Puisi Bisikan Gelora.(Sastra Media Dan Ononiha Group (Indonesia). Facebook: Melor Nur Ain (Bunga Melor), E-mail Rasmi mawar1996@gmail.com.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini