Fazleena Hishamuddin

Fazleena Hishamuddin
1 KIRIMAN0 KOMENTAR
Fazleena Hishamuddin merupakan karyawan lintas disiplin; seorang penulis, aktivis teater, penyair, pengacara, pengurus acara, penulis lirik dan pencipta kandungan. Pemegang Sarjana Muda Sastera (major Kesusasteraan Melayu) dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkecimpung dalam dunia kebudayaan dan kesenian hampir 20 tahun. Karyanya telah diterbitkan dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, anekdot, travelog dan esei. Bergiat aktif sebagai pelakon sejak 2003, lebih 40 buah produksi teater yang pernah diikuti. Fazleena menjadi salah seorang juri dalam kategori teater untuk anugerah yang berprestij Malaysia, Boh Cameronian Awards, sejak 2018 sehingga kini. Beliau juga mengorak langkah menjadi penulis lirik dan telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 pada tahun 2022 dengan lirik lagu Pelukan Angkasa, nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah. Fazleena diraikan sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni (Teater) pada majlis Anugerah Seni Budaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023. Telah diundang sebagai panel di festival persuratan seperti George Town Literary Festival dan Singapore Writers Festival. Januari 2024, Fazleena menubuhkan Kultus Kata sebuah kelab buku mandiri yang menjadi wadah pembudayaan membaca untuk komuniti.

Puisi: Gema Muara Semalam

Gema Muara Semalam Sungai mengalir–mundurmenyusuri jejak ingatan yang sirnabercermin pada bayang-bayang kabutyang perlahan tenggelam dalam hening. Arusnya yang dulu keras mengalirkini berlingkar di labirin kenanganmenelusuri lekuk-lekuk...
Advertisingspot_img

Popular posts

My favorites

I'm social

0FansSuka
0PengikutMengikuti
0PengikutMengikuti
0PelangganBerlangganan