Kokok
tidak salah berkokok bersama
atau meniru gaya burung kakak tua
seperti syahadah yang bukan sekadar dibaca
menjadi antara dasar bagi yang bersuara
mengapa tidak cuba difahami jiwa
bahawa yang sama berdiri atas kerangka
lakarnya mungkin berbeza
namun terikat pada akar yang sedia ada
apakah kita lupa, tiada gagasan boleh dibina
di atas jejak-jejak yang tidak serupa
tentunya titik permulaan dari dasar yang sama
sebelum diadun ke bidang yang ingin diduga
maka sedarlah wahai teman
berkokok bersama itu tentu bertujuan
usah lihat persamaan sebagai isu kelemahan
kerana ia melambangkan gagasan pegangan
***
كوكوق
تيدق ساله بركوكوق برسام
اتاو منيرو ڬاي بوروڠ كاكق توا
سڤرتي شهاده يڠ بوكن سكادر ديباچ
منجادي انتارا داسر باڬي يڠ برسوارا
مڠاڤ تيدق چوب ديفهامي جيوا
بهوا يڠ سام برديري اتس كرڠك
لاكرڽ موڠكين بربز
نامون تريكت ڤادا اكر يڠ سديا ادا
اڤاكه كيت لوڤ، تيادا ڬڬاسن بوله ديبين
د اتس ججق-ججق يڠ تيدق سروڤ
تبتوۑ تيتيك ڤرمولائن داري داسر يڠ سام
سبلوم ديادون ك بيدڠ يڠ إڠين ديدوڬ
ماك سدرله واهاي تمن
بركوكوق برسام إتو تنتو برتوجوان
اوسه ليهت ڤرسمائن سباڬاي إسو كلماهن
كران إيا ملمبڠكن ڬڬاسن ڤڬاڠن
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785





















