Orkestra Malam Sepi
Alam seharusnya riuh
Dari sebuah konsert orkestra
Lalu tersentak saat sosok
Itu hadir ~ dunia tari menjadi sepi
Akustik tiada lagi kedengaran
Nyanyian mulai menghindar telinga
Alam mohram menambah perih hati
Indah musika tiada lagi makna
Ziter dan serunai masih mengalun lagu
Zaman musim semi makin menyengat pilu
Andai sahaja jiwa itu tahu
Titik seluruh cakerawala
Ini hanya menjadi kamu
Bangi Selangor, 11/11/2025
***
اوركسترا مالم سڤي
الم سهاروسڽ ريوه
داري سبواه كونسر اوركسترا
لالو ترسنتق سائت سوسوق
إتو هادير -دونيا تاري منجادي سڤي
اكوستيك تيادا لاڬي كدڠارن
ڽاڽيان مولاي مڠهيندر تليڠا
الم موهرم منمبه ڤريه هاتي
إنده موسيك تيادا لاڬي مكن
زيتر دان سروناي ماسيه مڠالون لاڬو
زامن موسيم سمي ماكين مڽڠت ڤيلو
انداي سهاج جيوا إتو تاهو
تيتيك سلوروه چكروالا
إني هاڽ منجادي كامو
باڠي سلاڠور، ١١/١١/٢٠٢٥
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785






















Puisi ini menggunakan medan imej muzik secara konsisten: konsert orkestra, akustik, nyanyian, musika, ziter, serunai. Kehadiran “sosok itu” justeru mematikan semua bunyi — satu paradoks yang menarik: yang indah menjadi sunyi kerana terlalu terpesona atau terlalu terluka.
Dua baris penutup pula memindahkan skala daripada bunyi kepada kosmos — “titik seluruh cakerawala / ini hanya menjadi kamu” — iaitu pengakuan bahawa seluruh alam mengecil menjadi satu nama. Kebetulan yang cantik: nama itulah yang tersembunyi menegak di tepi puisi. Bentuk dan makna bertemu.