Beranda Penulis Dikirim oleh Fazleena Hishamuddin

Fazleena Hishamuddin

Fazleena Hishamuddin
1 KIRIMAN 0 KOMENTAR
Fazleena Hishamuddin merupakan karyawan lintas disiplin; seorang penulis, aktivis teater, penyair, pengacara, pengurus acara, penulis lirik dan pencipta kandungan. Pemegang Sarjana Muda Sastera (major Kesusasteraan Melayu) dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkecimpung dalam dunia kebudayaan dan kesenian hampir 20 tahun. Karyanya telah diterbitkan dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, anekdot, travelog dan esei. Bergiat aktif sebagai pelakon sejak 2003, lebih 40 buah produksi teater yang pernah diikuti. Fazleena menjadi salah seorang juri dalam kategori teater untuk anugerah yang berprestij Malaysia, Boh Cameronian Awards, sejak 2018 sehingga kini. Beliau juga mengorak langkah menjadi penulis lirik dan telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 pada tahun 2022 dengan lirik lagu Pelukan Angkasa, nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah. Fazleena diraikan sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni (Teater) pada majlis Anugerah Seni Budaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023. Telah diundang sebagai panel di festival persuratan seperti George Town Literary Festival dan Singapore Writers Festival. Januari 2024, Fazleena menubuhkan Kultus Kata sebuah kelab buku mandiri yang menjadi wadah pembudayaan membaca untuk komuniti.

TRENDING TOPIK