gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Tali di Bawah Telapak

Di atas tali hayat
antara cinta dan luka
tergantung aku – pada gunting ditanganmu.

Di bawah sana, tangis tanah
telah lama menunggu, untukku sediakan
lena terakhir dalam episod hitam.

Tapi jatuhku mengajar – usah bergantung
pada gunting orang lain
tajamnya kadang melukakan
bukan menyembuhkan.

Dan jatuh ini menyedarkanku
untuk melangkah ke hadapan
dengan jiwa yang berbeza.

Langkah ini tak perlu lagi
sepersis semalam yang menekan dada.

Permatang Pasir, Melaka.

***

تالي د باوه تلاڤق

د اتس تالي هايت
انتارا چينت دان لوك
ترڬنتوڠ اكو – ڤادا ڬونتيڠ د تاڠنمو

د باوه سان، تاڠيس تانه
تله لام منوڠڬو، اونتوقكو سدياكن
لن تراخير دالم اڤيسود هيتم

تاڤي جاتوهكو مڠاجر- اوسه برڬنتوڠ
ڤادا ڬونتيڠ اورڠ لاين
تاجمڽ كادڠ ملوكاكن
بوكن مڽمبوهكن

دان جاتوه إني مڽدركنكو
اونتوق ملڠكه ك هداڤن
دڠن جيوا يڠ بربز

لڠكه إني تق ڤرلو لاڬي
سڤرسيس سمالم يڠ منكن دادا

ڤرماتڠ ڤاسير، ملاك

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Temaram
Artikel berikutnyaPuisi: Hak Setiap Mulut
Nurul Farehah Jaamad
Nurul Farehah Jaamad merupakan anak kelahiran negeri Melaka. Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2009 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Penulis memiliki pendidikan STPM dalam bidang kesusasteraan. Pada tahun 2008 merupakan permulaan penulisan penulis dengan mengikuti pelbagai aktiviti/kursus dan bengkel penulisan kreatif. Penulis mempunyai lima buah buku yang sudah diterbitkan iaitu dua buah buku kanak-kanak dan tiga buah novel awal remaja. Karya lain seperti sajak, puisi dan cerpen pernah tersiar di akhbar dan majalah. Pada tahun 2025, penulis masih belajar menulis, mencari indah dalam setiap sisi bahasa sastera. Orang hebat pernah menjadi pemula. Mereka pernah jatuh berkali-kali, maka jangan pernah berputus asa! Setiap noktah boleh menjadi permulaan baharu.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini