1 KIRIMAN
Ibnu Din Assingkiri merupakan nama pena Sanusi bin Din, berasal dari Singkir Laut, Yan, Kedah, Malaysia dan menetap di Pulau Pinang, Malaysia.
Aktif menulis kreatif sejak 2010. Telah menghasilkan lima kumpulan puisi dan dua kumpulan cerpen serta berpuluh antologi pelbagai genre di Malaysia dan Indonesia. Karya eceran puisi, cerpen dan esei terbit di pelbagai media tempatan dan luar negara.
Turut terlibat secara aktif sebagai editor dan penyelenggara serta pembimbing penulisan kreatif untuk pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi serta orang awam.
Menerima tiga Hadiah Sastera Negeri, dua di Pulau Pinang (2023) dan satu di Kedah (2022) dalam kategori buku puisi, puisi eceran dan cerpen eceran.