gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Sebagai Helang

Angkasa telah bersabda, sayapmu
tak tumbuh dalam sehari
tetapi ampuh setelah melayah seribu
tanpa henti

Kencang angin yang menentang
bukan musuh
deru cabaran yang menghunjam
bukan untuk jatuh
bahkan mengasuh jiwa dan akal
untuk mengenal
luasnya makna petala tujuh

Sebagai helang, terbanglah
dengan gagah pelepah keyakinan
biar jauh
tetap tak menjarakkan penglihatan
biar tinggi
tetap tak mengepakkan angkuh

Sebagai helang, hakikat jatidiri
terbang tunduk dan mendarat tinggi.

***

سباڬاي هلڠ

اڠكاس تله برسبدا، سايڤمو
تق تومبوه دالم سهاري
تتاڤي امڤوه ستله ملايه سريبو
تنڤ هنتي

كنچڠ اڠين يڠ مننتڠ
بوكن موسوه
درو چبارن يڠ مڠهوجم
بوكن اونتوق جاتوه
بهكن مڠاسوه جيوا دان اكل
اونتوق مڠنل
لواسڽ مكن ڤتالا توجوه

سباڬاي هلڠ، تربڠله
دڠن ڬاڬه ڤلڤه كياكينن
بيار جاوه
تتڤ تق منجارككن ڤڠليهاتن
بيار تيڠڬي
تتڤ تق مڠڤككن اڠكوه

سباڬاي هلڠ، هاكيكت جاتيديري
تربڠ توندوق دان مندارت تيڠڬي

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Rindu Kami Padamu Tanah Utara
Artikel berikutnyaPuisi: Hibernasi
Dr. Mohd Istajib Mokhtar
Dr. Mohd Istajib Mokhtar atau nama penanya Istajib Mokhtar merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaya. Di dalam dunia akademia, beliau telah menerbitkan lebih 100 artikel di dalam buku, jurnal, prosiding dan suratkhabar sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Di dalam dunia sastera, beliau telah menerbitkan lebih 50 puisi eceran di majalah dan akhbar seperti Dewan Sastera, Tunas Cipta, Dewan Tamadun Islam, Jendela Selatan, Wadah DBP, Mingguan Malaysia, BH Ahad, Selangorkini, Wilayahku, Utusan Borneo, Harian Ekspres, dan Suara Sarawak. Beliau juga terlibat dalam lebih 20 antologi dan makalah puisi. Selain itu, beliau merupakan penulis skrip bagi rancangan-rancangan televisyen di RTM dan Astro sebanyak hamper 100 episod secara keseluruhan. Beliau juga merupakan Setiausaha II Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan pemenang Anugerah Penulis Muda Harapan Anugerah Sastera Melaka 2023.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini