Bukan Kerana Nama
Aku menulis bukan kerana nama
Menulis bukan untuk mencari populariti
ataupun sensasi
Jauh sekali mengejar anugerah dan pujian
Menulis lebih kepada ekspresi diri
berkongsi pemikiran menyampaikan perasaan sekadar meluahkan impian dan harapan
kerana aku tahu kita hanya meminjam
Ilham dan kalam MilikNYA
5 Julai 2025, Pekan Pahang
***
بوكن كران نام
اكو منوليس بوكن كران نام
منوليس بوكن اونتوق منچاري ڤوڤولاريتي
اتاوڤون سنساسي
جاوه سكالي مڠجر انوڬره دان ڤوجيان
منوليس لبيه كڤادا اكسڤرسي ديري
بركوڠسي ڤميكيرن مڽمڤايكن ڤرسائن سكادر ملواهكن إمڤيان دان هراڤن
كران اكو تاهو كيت هاڽ ممينجم
إلهم دان كالم ميليك-ڽ
٥ جولاي ٢٠٢٥، ڤكن ڤاهڠ
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785





















