Kerangka Harapan
Dia adalah pasak
menyangga teguh tegak
mengakar di tapak
Dia perlu tahu
setinggi mana mahu
sekukuh mana perlu
Dia perlu waspada
dijentik ribut duga
takkan ranap semua
Kerana itu, dia
tegak bersendi doa
teguh menjulang cinta.
Bangi, 25 Ogos 2025
***
كرڠك هراڤن
ديا اداله ڤاسق
مڽڠڬ تڬوه تڬق
مڠاكر د تاڤق
ديا ڤرلو تاهو
ستيڠڬي مان ماهو
سكوكوه مان ڤرلو
ديا ڤرلو وسڤادا
ديجنتيك ريبوت دوڬ
تككن رانڤ سموا
كران إتو، ديا
تڬق برسندي دوع
تڬوه منجولڠ چينت
باڠي، اوڬوس ٢٠٢٥
Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785





















