3 KIRIMAN
Kelahiran Pontian, Johor, Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu, USM, Pulau Pinang ini merupakan mantan pendidik juga seorang Munsyi Dewan (Sastera) dan penggiat puisi Melayu moden dan tradisional. Dikenali sebagai Penyair Ujung Selatan Benua Asia, beliau menumpukan penulisan dalam genre puisi dan rencana. Memiliki 94 buah antologi puisi (2004-November 2021) termasuk yang diterbitkan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan India, satu kumpulan puisi berjudul Khabar dari Mimbar (ITBM, 2017-menang Anugerah Sastera Johor Kali ke X1 tahun 2019) dan tujuh buah buku kisah kehidupan (2018 – Jun 2020). Puisi beliau juga telah diterjemahkan dalam tulisan Jawi, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil, Bahasa Malayalam, dan Bahasa Italy. Puisi beliau turut tersiar dalam buku cenderamata majlis, Mingguan Malaysia, Majalah IBU, Jendela Selatan DBPWS dan Buletin Persatuan Penulis Johor. Antara anugerah yang diterima termasuklah Aktivitis Penyair Johor (2011), Anugerah Sastera Johor (2009, 2019, 2021), Hadiah Utama Sayembara Penulisan Puisi Suara Hati Johor (2015), Muafakat Johor (2017 dan Harapan Johor (2019) serta Anugerah 21 Penulis Terbaik Pantun Nasihat Peringkat ASEAN (2021) Biodata lengkap beliau dicatat dalam buku Direktori 100 Penyair Malaysia (Julai 2018) terbitan Penyair Malaysia.
Boleh dihubungi di talian +60197201570
Kediaman kekal: 66-A, Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, 82010 Pontian, Johor