gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Lafaz Rindu Seorang Pendosa

di ambang kekhilafan
dan tabir dosa yang kusulam sendiri
aku berdiri-pilu
mencari sisa cahaya
yang pernah kutinggalkan

gelumang jijik ini
bukan kerana hati terlalu mencintai dosa
tetapi kerana mata batin
terlalu lama tertutup dek debu dunia

kini, di dasar kehinaan
rinduku semakin menjalar
bukan mendamba syurga
tetapi rahmat-Mu, Tuhanku

kerana hanya pada-Mu
dosa menjadi jalan pulang
dan air mata
menjadi saksi
bahawa aku masih mengharapkan maghfirah-Mu.

2 Ramadan 1447H – Pasir Ris, Singapura

***

لافز ريندو سئورڠ ڤندوس

د امبڠ كخيلافن
دان تابير دوس يڠ كوسولم سنديري
اكو برديري-ڤيلو
منچاري سيس چهاي
يڠ ڤرنه كوتيڠڬلكن

ڬلومڠ جيجيك إني
بوكن كران هاتي ترلالو منچينتاي دوس
تتاڤي كران مات باتين
ترلالو لام ترتوتوڤ دك دبو دونيا

كيني، د داسر كهينائن
ريندوكو سماكين منجالر
بوكن مندمب شورڬ
تتاڤي رهمت-مو، توهنكو

كران هاڽ ڤادا-مو
دوس منجادي جالن ڤلڠ
دان ائير مات
منجادي سكسي
بهوا اكو ماسيه مڠهارڤكن مغفيره-مو

٢ رمضان ١٤٤٧ه، ڤاسير ريس، سيڠاڤورا

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini