gambar hanya ilustrasi. sumber: bing

Pelontar Kata

Kau kata mencintai Tuhan
sedangkan subuh tadi
tiang agama baru saja
kau runtuhkannya

Kau kata memperbesarkan Nya
sedangkan petang tadi
lidah kau baru hina makhluk
ciptaan Nya

Kau kata redha pabila diuji
sedangkan malam semalam
baru saja kau menengking Tuhan
kerana membiarkan kereta kau
dibaham banjir lumpur

Adakalanya kutertanya
adakah melontar kata
sebenarnya semudah berkhayal?

Batu Pahat, Johor

***

ڤلونتر كات

كاو كات منچينتاي توهن
سدڠكن سوبوه تادي
تياڠ اڬام بارو ساج
كاو رونتوهكن

كاو كات ممڤربسركن ڽ
سدڠكن ڤتڠ تادي
ليداه كاو بارو هين مخلوق
چيڤتائن ڽ

كاو كات ريضا ڤابيلا ديئوجي
سدڠكن مالم سمالم
بارو ساج كاو منڠكيڠ توهن
كران ممبياركن كرت كاو
ديباهم بنجير لومڤور

ادكلاڽ كوترتاڽ
اداكه ملونتر كات
سبنرڽ سموده برخايل

باتو ڤاهت، جوهور

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini