sumber ilustrasi asli: pixabay

Romantika Secawan Kopi

terima kasih kopi
kerana hangatmu kota menyala
bulan membelah tubuh sendiri
meloncat masuk
ke cawan ini

sehinggakan
setiap malam berbau romantis
setiap salam ditiduri cahaya

menyangkar luka-luka
mengingatkanku,
akan cinta!

Nibong Tebal, Pulau Pinang
26 Julai 2023

***

رومنتيك سچاون كوڤي

تريم كاسيه كوڤي
كران هاڠتمو كوت مڽالا
بولن ممبله توبوه سنديري
ملونچت ماسوق
ك چاون إني

سهيڠڬاكن
ستياڤ مالم برباو رومنتيس
ستياڤ مالم ديتيدوري چجاي

مڽڠكر لوك-لوك
مڠيڠتكنكو
اكن چينت!

نيبوڠ تبل، ڤولاو ڤينڠ ٢٦ جولاي ٢٠٢٣

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785.
Artikel sebelumnyaPuisi: Setinggan Kasih
Artikel berikutnyaPuisi: Kuala Bagan
Shaa Zainol
Merupakan anak kelahiran kelahiran Pulau Pinang, Malaysia. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, UUM dan Diploma Perniagaan Antarabangsa, KPM Seri Iskandar. Mula menulis dari zaman persekolahan dan kembali mengorak langkah sebagai penyair dan penulis motivasi pada tahun 2021. Karya termuat di dalam beberapa antologi, antaranya Antologi Secawan Kopi dan Antologi Puisi Mencintai dengan Sederhana. Karya juga tersiar di Berita Harian, Dewan Tamadun Islam, Tunas Cipta dan Tukang Puisi. Turut menghasilkan sebuah kumpulan puisi Teruntuk Hati Yang Terluka bersama dua orang sahabat aksara.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini