sumber ilustrasi asli: pixabay

Setinggan Kasih

( I )

Seleraknya rimas memadat
ruang menyempit pandangan
terpuruk nafas di ceruk
hingga berlaga tembok
pada sidaian menghimpit
di celah-celah dinding kehidupan
yang menakung titis rezeki
dari bumbung rahmat
yang meneduh kasih dan sayang

( II )

Suara merumpi kian sepi
di lorong-lorong setinggan kasih
menggugah kenangan silam
yang pernah bertapak
di tanah tanpa tuan

Taman Cempaka, Johor Bahru,
26 Julai 2023.

***

ستيڠڬن كاسيه

(١)
سجرقڽ ريمس ممادت
رواڠ مڽمڤيت ڤنداڠن
ترڤوروق نافس د چروق
هيڠڬ برلاڬ تمبوق
ڤادا سيدايان مڠهيمڤيت
د چله-چله دينديڠ كهيدوڤن
يڠ مناكوڠ تيتيس رذكي
داري بومبوڠ رهمت
يڠ مندوه كاسيه دان سايڠ

(١١)
سوارا مرومڤي كيان سڤي
د لوروڠ-لوروڠ ستيڠڬن كاسيه
مڠڬوڬه كناڠن سيلم
يڠ ڤرنه برتاڤق
د تانه تنڤ توان

تامن چمڤاك، جوهور بهرو، ٢٦ جولاي ٢٠٢٣

Puisi ini dialihaksarakan oleh Riausastra.com. Jika terdapat kesalahan pada penulisan aksara Arab Melayu, mohon tunjuk ajarnya ke WA 0895622119785
Artikel sebelumnyaPuisi: Janji Tuhan di Tabir Duka
Artikel berikutnyaPuisi: Romantika Secawan Kopi
Mohd Fadzly bin Hj Miswan
Anak jati Johor yang mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Kempas, Johor Bahru dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Beliau kemudian menyambung pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Kuantan, Pahang dalam bidang Sarjana Perubatan dan Surgeri (MBBS).Memulakan karier sebagai Pegawai Perubatan Tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia(ATM) sejak 2006. Sekarang, beliau menjawat sebagai Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Perubatan, Kem Muara Tuang, Samarahan, Sarawak. Sebagai seorang pemula pencinta sastera, cerpen pertama beliau berjudul Raksa Bandani dan beberapa certot telah disiarkan di percetakan digital, Cereka. Manakala puisi-puisinya pernah tersiar di Utusan Sarawak dan Mingguan Malaysia.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini